Cadangan naik harga siling BPT muktamad sebelum Oktober, kata menteri

Cadangan naik harga siling BPT muktamad sebelum Oktober, kata menteri

Mohamad Sabu berkata cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan membabitkan pelbagai pihak antaranya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

beraih
Badan Kawal Selia Padi dan Beras berpendapat harga siling beras putih tempatan wajar dinaikkan kepada RM3.20 sekilogram berbanding RM2.60 ketika ini.
SERDANG:
Kerajaan akan memuktamadkan cadangan kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) sebelum Oktober ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata, setakat ini cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan menuju ke peringkat penyelesaian akhir.

“Sebelum Oktober. Tak lama (lagi),” katanya selepas merasmikan pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (Maha) 2024.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata cadangan itu mengambil masa untuk diputuskan berikutan melibatkan beberapa kementerian lain.

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu.

“Bukan (hanya) melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), tetapi (melibatkan) Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,” katanya.

Pada November tahun lalu, Badan Kawal Selia Padi dan Beras iaitu agensi di bawah KPKM mendapati harga siling BPT wajar dinaikkan kepada RM3.20 sekilogram berbanding RM2.60 ketika ini.

Ketua Pengarahnya Azman Mahmood dipetik berkata semakan kali terakhir dibuat 15 tahun lalu itu wajar bagi menjaga kebajikan pesawah dan mengelakkan berlaku longgokan kerana pengilang tidak lagi berminat meneruskan pembelian beras kerana harga rendah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.