Mat Sabu dirawat di IJN kerana keletihan

Mat Sabu dirawat di IJN kerana keletihan

Pejabat menteri pertanian dan keterjaminan makanan memaklumkan keadaan Mohamad Sabu stabil.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu kini menjalani rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menjalani rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur selepas dinasihatkan oleh pasukan perubatan untuk berehat kerana mengalami simptom keletihan.

Pejabat menteri dalam kenyataan memaklumkan keadaan Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu adalah stabil.

“Pasukan perubatan menasihatkan beliau untuk berehat disebabkan terdapat simptom keletihan. Keadaan beliau adalah stabil,” kata kenyataan itu.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja tidak dapat menerima tetamu buat masa ini bagi membolehkan beliau mendapat rehat yang secukupnya.

Pejabat menteri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas doa dan keprihatinan semua pihak terhadap kesihatan Mohamad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.