
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata semua individu itu dipanggil bagi dirakam keterangan untuk melengkapkan siasatan yang dilakukan.
“Mereka dipanggil untuk membantu dan melengkapkan siasatan polis. Ada kemungkinan kita akan panggil individu lain selepas ini namun ia bergantung kepada keperluan siasatan,” katanya ketika dihubungi, menurut Berita Harian.
Media semalam melaporkan polis merampas telefon bimbit ibu bapa kanak-kanak itu bagi siasatan lanjut.
Hussein dilaporkan berkata rampasan yang dilakukan adalah prosedur operasi standard (SOP) biasa dalam siasatan.
Terdahulu, beliau mengesahkan penahanan pasangan itu pada oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPK Selangor pada 10.05 pagi Jumaat.
Suami isteri itu kemudiannya direman selama tujuh hari sehingga 7 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.