
Menurut Berita Harian, sumber memberitahu beliau akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Anak lelaki Shukri dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April lalu bersama empat individu lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan dakwaan tuntutan palsu RM600,000.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen membabitkan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga kini yang menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja tidak dilaksanakan.
Shukri sebelum ini dilaporkan berkata, beliau menyerahkan kepada budi bicara SPRM untuk menjalankan siasatan dan tiada prasangka jika anaknya terbukti bersalah.
Katanya, apa yang berlaku kepada dirinya dianggap ‘ujian’ selain mengakui kelemahannya kerana ‘terlalu baik’, serta meletakkan ‘kepercayaan kepada semua orang’.