1 maut dihempap pokok tumbang

1 maut dihempap pokok tumbang

Seorang lagi mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur itu.

Seorang lelaki meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang susulan hujan lebat di ibu negara.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang, 17 kenderaan dilaporkan dihempap pokok besar itu susulan hujan lebat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Fatta M Amin berkata dahan pokok itu juga telah menghalang landasan monorel selain merosakkan perhentian bas.

“Dua orang dikeluarkan namun seorang lelaki berumur 47 tahun disahkan telah meninggal dunia oleh KKM.

“Mangsa kedua berusia 26 tahun mengalami kecederaan telah diserahkan kepada pihak paramedik KKM di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Fatta berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.19 petang, dan jentera dari balai bomba Jalan Hang Tuah, Titiwangsa, Jalan Tun Razak, Sentul digerakkan ke tempat kejadian.

Selain menyebabkan kesesakan, kejadian itu turut mengakibatkan perkhidmatan monorel antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku terjejas.

Sebagai alternatif, Rapid KL mengaktifkan perkhidmatan tren antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1) serta bas perantara pergi dan balik dari KL Sentral ke Medan Tuanku.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.