
Ketua Polis Serdang AA Anbalagan berkata mangsa yang juga warga Yaman itu dipercayai jatuh dari tingkat 21 ke dalam kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium terbabit, lapor Bernama.
Anbalagan berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.22 petang hari yang sama.
Katanya, mangsa ditemui terapung di kolam renang berkenaan oleh seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan.
“Pengawal keselamatan itu melihat baju dalam kolam renang sebelum menyedari mangsa terapung dan melaporkan kejadian berkenaan kepada penyelianya,” katanya.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung.
“Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu bapa mangsa berada di bilik tidur manakala mangsa di ruang tamu.
“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkap di ruang tamu,” katanya yang memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.