
Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah menahan lelaki berusia lingkungan 40-an itu kira-kira 3.30 pagi tadi di kawasan Genting Highlands serta merampas sebuah kenderaan.
“Lelaki terbabit direman tiga hari bermula hari ini. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, dilaporkan polis sedang mengesan seorang pemandu kereta disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin sebuah kenderaan.
Polis menerima laporan kejadian berkenaan pada petang hari sama, susulan video tular berdurasi 54 saat yang dikongsikan seorang pengguna Facebook.