KPDN sita kapal disyaki seleweng diesel subsidi

KPDN sita kapal disyaki seleweng diesel subsidi

KPDN Sarawak berkata kapal itu membawa 430,000 liter diesel yang bernilai RM924,500.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata kapal itu ditahan Polis Marin di kawasan Laut Barrange, Sungai Sarawak semalam. (Gambar KPDN Sarawak)
KUCHING:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menyita sebuah kapal berisi diesel bersubsidi bernilai RM924,500 di kawasan Laut Barrange, Sungai Sarawak yang cuba diselewengkan, semalam.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata sitaan itu hasil daripada serahan kes yang dijalankan oleh Pasukan Marin Polis Wilayah 5 pada 10.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,500 telah ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan terbabit dianggarkan RM5 juta.

“Dua lelaki juga turut ditahan, masing-masing seorang rakyat tempatan dan seorang warga Myanmar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan berjadual dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.