Palsu cek lebih RM34,000, bekas pengerusi Felda mengaku salah

Palsu cek lebih RM34,000, bekas pengerusi Felda mengaku salah

Tertuduh yang juga pengerusi Felda Selancar 3 didakwa tidak jujur guna cek milik koperasi.

Saad Rajali, 66, mengaku salah di atas 15 pertuduhan palsu cek. (Gambar Pexels)
PETALING JAYA:
Bekas pengerusi Felda Selancar 3 mengaku salah di atas 15 pertuduhan memalsukan cek milik Koperasi Peneroka Felda Selancar 3 bernilai RM34,450 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, lima tahun lalu.

Saad Rajali, 66, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Mac dengan mahkamah menetapkan jaminan RM14,000 dan tertuduh perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Segamat sebulan sekali.

Pasport tertuduh juga diarah diserah kepada mahkamah.

25 Mac ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes, menurut laporan Sinar Harian.

Mengikut kertas pertuduhan, Saad yang ketika itu memegang jawatan pengerusi Felda tersebut didakwa tidak jujur menggunakan cek milik koperasi itu atas nama lapan peneroka berlainan yang mana adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Segamat dengan nilai RM600 sehingga RM5,000 bermula pada 27 Sept 2019 sehingga 21 Mei 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.