
Yeo Bee Yin (PH-Puchong) berkata, langkah itu wajar mengambil kira peranan penting jurubahasa dalam sistem keadilan negara.
“Saya ingin tahu apa usaha yang sedang dilakukan untuk meningkatkan pengambilan jurubahasa mahkamah terutama bagi bahasa Cina dan Tamil di mana jurubahasa bagi bahasa-bahasa ini semakin berkurangan.
“Justeru, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk mempertimbangkan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi golongan tersebut,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Yeo turut mencadangkan perbahasan RUU diadakan di peringkat jawatankuasa, bukannya di dewan utama.
Beliau berkata, ia jauh lebih berkesan dan mendalam berbanding cara ‘bahas dan gulung’, dengan merujuk pendengaran bersama Jawatankuasa Tetap Parlimen (JKP) Wanita dan Pembangunan Insan, kementerian berkaitan dan polis berhubung isu keselamatan pelajar, semalam.
“Kebanyakan masanya, apa yang dibahas tidak dijawab atau dijawab pun sama ada lisan atau bertulis, soalan-soalan lanjut tidak sempat dibuat, kena tunggu sesi seterusnya.
“Maka, saya harap Parlimen ini boleh menjadi lebih efektif dengan wujudnya perbahasan peringkat jawatankuasa yang lebih meluas. Jika kita perlu menuju ke arah ini, lebih banyak bilik mesyuarat perlu diwujudkan dengan fasiliti-fasiliti seperti mikrofon, kamera dan sebagainya,” katanya.
Katanya, syarat dan syor dibentangkan oleh JKP perlu dijawab pihak eksekutif secara bertulis dan terperinci.
“Jika setuju, nyatakan rancangan pelaksanaan…jika tidak, nyatakan sebabnya,” katanya.