
Hakim Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat memohon perbicaraan dihentikan susulan perkembangan baharu dalam kes berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah, lapor Harian Metro.
Perkembangan baharu itu susulan keterangan saksi ke-23, Nurimah Juli,35, yang mengaku membunuh Nurman Bakaratu, 61, di Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas, kira-kira 8 malam pada 13 Jan tahun lepas.
Menurut laporan itu, Nurimah difahamkan ialah bekas isteri mangsa.
Enam anggota polis dan seorang awam turut dibebaskan daripada tuduhan membunuh Nurman di lokasi dan pada tarikh yang sama.
Mereka terdiri daripada Rosdi Rastam, 45; Denis Anit, 45; Fabian Rungam, 44; Khairul Azman Bakar, 47; Mohd Azlan Sakaran, 40; John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34.
Mat Zaki didakwa bersubahat dengan John Kennedy untuk membunuh Nurman di lokasi dan waktu sama tuduhan ke atas Nurimah.
Tuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun jika tidak dihukum mati, serta hendaklah juga disebat tidak kurang dua belas kali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, John Kennedy bersama Rosdi, Denis, Fabian, Khairul Azman, Mohd Azlan, dan Vivien Fabian, pula didakwa atas tuduhan membunuh Nurman mengikut Seksyen 302.