Ekonomi biru pengubah keadaan Sabah, kata Hajiji

Ekonomi biru pengubah keadaan Sabah, kata Hajiji

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri akan tumpu pada perikanan dan akuakultur, perkapalan dan logistik, dan pelancongan.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri jangka sektor pelancongan akan menjana hasil sebanyak RM25.92 bilion dalam tempoh lima tahun. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, berkata kerajaan negeri mahu memanfaatkan ekonomi biru untuk menambah pendapatan di masa akan datang.

“Ekonomi biru ini pengubah keadaan bagi ekonomi Sabah,” katanya kepada FMT dalam satu temubual, merujuk kepada pengunaan sumber-sumber air secara lestari untuk pertumbuhan ekonomi.

Hajiji tahun lepas menyatakan minat untuk meneroka usaha niaga ekonomi biru dengan kerjasama pelabur asing, bagi meningkatkan kewangan negeri, taraf hidup, dan mencipta pekerjaan sambil memelihara ekosistem marin Sabah.

“Jadi kerana itu saya menubuhkan satu badan khas untuk mengendalikan projek ataupun cadangan pelaksanaan ekonomi biru ini,” katanya.

Dengan pinggir pantai sepanjang 1,000km, Hajiji berkata ekonomi biru Sabah akan dibangunkan sekitar perikanan dan akuakultur, perkapalan dan logistik, pelancongan, tenaga boleh diperbaharui, sumber asli, bioteknologi dan farmaseutikal, dan karbon biru.

Kerajaan Sabah menganggarkan pelaburan ke tiga industri ekonomi biru yang berpotensi tinggi boleh manjana lebih 16,200 peluang pekerjaan.

Ia mengenalpasti perkapalan dan prasarana pelabuhan, perikanan, dan pelancongan sebagai sektor tumpuan.

Kerajaan negeri jangka industri pelancongan akan menjana pulangan tertinggi, dengan hasil dianggarkan RM25.92 bilion dalam tempoh lima tahun.

“Kita juga akan mengadakan satu sidang kemuncak ekonomi biru antarabangsa bagi menguar-uarkan potensi ekonomi biru yang kita ada di Sabah,” kata Hajiji.

“Mungkin kita akan tubuhkan satu syarikat kerajaan untuk mengendalikan ini kerana ini mempunyai potensi yang cukup besar sebagai tambahan kepada pendapatan Sabah.”

Hajiji Noor.

Mengulas isu lain, Hajiji mendedahkan Kementerian Kewangan Sabah akan melihat beberapa syarikat berkaitan kerajaan yang tidak boleh menyumbang hasil kepada kerajaan.

Menurut Kementerian Kewangan Sabah, kira-kira 17 daripada 28 GLC yang mana kerajaan Sabah mempunyai kepentingan telah melaporkan kerugian.

Hajiji berkata kerajaan negeri akan menyelidik dan meneliti operasi dan pengurusan semua GLC yang berkenaan.

“Mungkin kita akan struktur semula pengurusannya dan juga mana yang tidak boleh berfungsi lagi jangan sampai membebankan kerajaan mungkin kita akan tutup,” katanya.

Beliau berkata laporan kewangan semua GLC yang berkenaan akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.