
Hajiji berkata ia bagi memperkukuhkan tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta menzahirkan komitmen berterusan kerajaan negeri terhadap integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan serta pentadbiran.
Beliau berkata perkhidmatan awam mesti terus diperkasa untuk menjamin sistem penyampaian yang efektif dan efisien secara konsisten.
“Ia bukan hanya kepada agensi perkhidmatan awam tetapi juga kepada semua petugas badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan,” katanya yang dilapor Bernama sebagai berkata di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.
Hajiji berkata berkata kerajaan negeri komited untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang lebih kemas, tersusun dan berdisiplin
Katanya, implikasi perlakuan tidak berintegriti bukan sahaja mencemarkan nama baik individu malah memberi kesan besar kepada keluarga, institusi yang diwakili serta mengakibatkan kerugian besar kepada negeri dan negara.