Pertimbang wajib kursus pasca perkahwinan, elak kes cerai naik

Pertimbang wajib kursus pasca perkahwinan, elak kes cerai naik

Statistik menunjukkan kes perceraian hampir mencecah 100,000 kes dalam tempoh dari 2021 hingga 2022.

Setiap pasangan Islam diwajibkan mengikuti kursus sebelum bernikah.
PETALING JAYA:
Kerajaan digesa mewajibkan modul pasca perkahwinan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga seterusnya mengelakkan perceraian, kata perunding motivasi.

Cadangan oleh Hushim Salleh itu susulan jumlah pasangan Islam berpisah yang disifatkan membimbangkan berdasarkan Jabatan Perangkaan, tahun lalu dengan 46,138 kes manakala 45,420 pada sebelumnya.

Hushim berkata sudah tiba masanya kerajaan untuk mempertimbangkan mewajibkan kursus pasca perkahwinan yang pernah dicadangkan tiga tahun lalu namun ‘senyap’ tanpa ada tindakan susulan sehingga kini.

Beliau merujuk cadangan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ketika itu Rina Harun.

Menurut Hushim, langkah itu bagi meningkatkan lagi kefahaman pasangan yang sebelum berkahwin telah diwajibkan mengikuti kursus pra perkahwinan.

“Kebelakangan ini isteri yang mempunyai isu bersama suami lebih cenderung memilih berpisah berbanding mempertahankan perkahwinan dibina.

“Perceraian begitu mudah kerana ramai tak tahan tekanan,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, peguam syarie Nurul Atikah Abd Rashid berkata masalah kewangan, komunikasi dan curang menjadi antara punca utama perceraian.

“Dalam kebanyakan kes, kewangan jadi punca utama,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.