Penganggur didenda RM2,800 halang tugas sarjan

Penganggur didenda RM2,800 halang tugas sarjan

Tertuduh menghalang seorang sarjan menjalankan tugasnya di Kawasan Perkilangan Bakar Arang di sini pada 1.30 pagi 9 Dis.

Mohammad Dzahir Abdullah (dua dari kiri) turut mengaku salah atas tuduhan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya kerana didapati positif methamphetamine. (Gambar Bernama)
SUNGAI PETANI:
Seorang penganggur didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menghalang anggota polis menjalankan tugas pada 9 Dis lepas.

Majistret M Kalaiarasi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Dzahir Abdullah, 25, yang mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Tertuduh menghalang seorang sarjan menjalankan tugasnya di Kawasan Perkilangan Bakar Arang di sini pada 1.30 pagi 9 Dis.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000.

Dzahir turut mengaku salah atas tuduhan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas hasil saringan air kencing mendapati dia positif methamphetamine.

Bagi kes itu, mahkamah menetapkan 14 Feb 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes serta laporan kimia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.