
Mahkamah mendapati permohonan tersebut kurang merit, selain tiada keadaan khusus untuk mewajarkan perintah sedemikian.
Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah, berkata Mahkamah Tinggi juga tidak mempunyai bidang kuasa menangguhkan penghakiman dibuat Mahkamah Rayuan.
Indira dianugerahkan kos RM2,000.
Dia diwakili Rajesh Nagarajan dan Pavitra Loganathan, manakala ketua polis negara, polis, dan kerajaan persekutuan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A Dadi dan FC Safiyyah Omar.
Indira, seorang guru tadika, turun naik mahkamah dengan pihak berkuasa dalam usahanya mendapatkan semula anak perempuannya, Prisana Diksa, yang diculik bekas suami, Riduan Abdullah, seorang mualaf, sejak 13 tahun lalu.
Indira mendakwa polis melengahkan kes dan pada 2021, dia memfailkan saman “nonfeasance” terhadap kerajaan, ketua polis negara, polis, dan Kementerian Dalam Negeri, dengan menyifatkan ketiadaan tindakan polis melaksanakan waran terhadap bekas suaminya kerana gagal menyerahkan penjagaan anak perempuan bongsu kepadanya.