
Shaharizukirnain Abdul Kadir (PN-Setiu) turut mencadangkan syarikat penerbangan memaklumkan waktu solat dalam pesawat.
“Selain (memberi) kebebasan penuh pekerja perempuan Islam untuk menutup aurat,” katanya semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook pada Mac lalu bahawa kementeriannya tiada halangan berhubung sebarang syarikat penerbangan ingin membangunkan modul pematuhan syariah.
Bacaan doa dalam pesawat pernah dicadangkan Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 2017, susulan tindakan juruterbang sebuah syarikat penerbangan meminta penumpang membaca doa selepas pesawat mengalami masalah enjin dipertikaikan.