Kanak-kanak 8 tahun lemas di Pantai Taping

Kanak-kanak 8 tahun lemas di Pantai Taping

Polis berkata mangsa dipercayai bermain di tepi pantai sebelum dihanyutkan ke laut akibat ombak besar.

Ketua Polis Kemaman Hanyan Ramlan berkata mayat mangsa ditemui orang ramai tidak lama selepas mangsa dilaporkan hilang di di Pantai Taping di Chukai, Terengganu. (Gambar Bernama)
CHUKAI:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai selepas bermain di Pantai Taping, Kemasek petang tadi.

Ketua Polis Kemaman Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima laporan orang awam pada 5.21 petang, yang memaklumkan mangsa Muhammad Ammar Azwan Azani dihanyutkan ombak ketika bermain bersama rakannya di kawasan pantai berkenaan.

“Anggota dari Balai Polis Ayer Jernih dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

“Mayat mangsa bagaimanapun ditemukan orang awam kira-kira setengah jam selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Hanyan berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak daripada melakukan aktiviti air, kerana musim Monsun Timur Laut sudah pun bermula.

Beliau berkata tinjauan pihaknya di kawasan pantai juga mendapati ombak semakin tinggi dan berbahaya kepada sebarang aktiviti rekreasi.

“Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran bahawa monsun telah pun bermula.

“Jadi saya minta ibu bapa tolong pantau aktiviti anak-anak terutama pada musim cuti sekolah seperti sekarang kerana mereka lebih bebas dan ada banyak masa bermain di luar,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.