Kes tuntutan palsu, bekas CEO anak syarikat kerajaan Melaka ditahan

Kes tuntutan palsu, bekas CEO anak syarikat kerajaan Melaka ditahan

Ia bagi membantu siasatan dakwaan mengemukakan dokumen palsu mendapatkan dua kenderaan untuk dilupuskan pada harga lebih rendah daripada nilai sebenar.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Melaka pada 2.15 petang tadi.
PETALING JAYA:
Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat kerajaan Melaka ditahan bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Mohd Shahril Che Saad, berkata lelaki 46 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Melaka pada 2.15 petang tadi bagi membantu siasatan dakwaan mengemukakan dokumen palsu mendapatkan dua kenderaan untuk dilupuskan pada harga lebih rendah daripada nilai sebenar.

“Dokumen palsu itu dikemukakan bertujuan mengelirukan ahli lembaga pengarah syarikat terbabit yang akhirnya memberi faedah kepada bekas CEO tersebut,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.