
PETALING JAYA: Seorang timbalan pendakwa raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Hussein Omar Khan, mengesahkan suspek direman hingga Khamis ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menurut Sinar Harian.
Terdahulu, media hari ini melaporkan seorang TPR yang baru seminggu bertugas di SPRM ditahan dipercayai terbabit kes dadah.
SPRM dilaporkan berkata, pegawai itu ditahan di rumahnya dan hasil pemeriksaan menemui bahan terlarang disyaki dadah.