
“Setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, menurut Harian Metro.
Akhbar itu melaporkan Eddy Kusmiran Ambi, 61, maut di tempat kejadian selepas Yamaha Lagendanya berlanggar dengan BMW dipandu penyanyi 53 tahun itu pada 10.45 pagi semalam.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika BMW itu dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju Rompin dan setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan.
Penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta terbabit tidak cedera.