Polis cari Namewee selepas kematian warga Taiwan jadi kes bunuh

Polis cari Namewee selepas kematian warga Taiwan jadi kes bunuh

Polis percaya Namewee sudah menghilangkan diri.

Polis cari Namewee selepas kematian Hsieh Yu-hsin dikelaskan sebagai kes bunuh. (Gambar Instagram)
PETALING JAYA:
Polis dilaporkan mencari penyanyi, Namewee (nama sebenar Wee Meng Chee), yang dipercayai menghilangkan diri, selepas kematian seorang warga Taiwan dikelaskan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata polis yakin Namewee sudah mengetahui laporan siasatan kes berkenaan dan pencariannya menerusi laporan media rasmi serta media sosial.

“Setakat ini kami masih tidak dapat lagi mengesannya dan percaya dia sudah menghilangkan diri,” katanya lapor Berita Harian.

Polis mengkelaskan semula kematian Hsieh Yu-hsin ditemui mati di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu sebagai kes bunuh, hari ini, dan siasatan lanjut sedang berjalan. Sebelum ini, kes tersebut dianggap sebagai mati mengejut.

Mangsa dilaporkan bertemu Namewee di hotel tersebut pada 22 Okt untuk membincangkan penggambaran video, sebelum ditemui mati dalam tab mandi.

Penukaran klasifikasi kes itu dibuat sehari selepas Fadil mengesahkan Namewee ditahan dan didakwa atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah pada hari kejadian.

Polis menemui sembilan pil biru dipercayai ecstasy di bilik hotel berkenaan, manakala ujian air kencing mendapati beliau positif beberapa jenis dadah termasuk amphetamine dan ketamine.

Namewee mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu. Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin, dan sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Disember depan, menurut laporan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.