
Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim, berkata lelaki berumur 61 tahun itu ditahan di kawasan Ulu Yam Bharu kira-kira 11.30 malam tadi.
“Siasatan awal polis mendapati lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah iaitu lima kes berkaitan narkotik dan satu kes jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu berkenaan direman sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Tiga yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Serendah Golf Resort pagi semalam terdiri daripada Rosihat Lemon, 68, Chan Kwai Hoong, 62, dan Soo Yoke Siew, 53.
Mengenai penumpang Toyota Avanza yang cedera parah dalam kemalangan itu, Faizal berkata wanita itu kini dirawat di Hospital Selayang dan keadaannya stabil.