54 cedera letupan di masjid sekolah Jakarta

54 cedera letupan di masjid sekolah Jakarta

Polis sedang menyiasat punca letupan yang berlaku ketika solat Jumaat.

letupan di jakarta
Orang ramai berkumpul ketika polis mengepung jalan berdekatan lokasi letupan di Sekolah Menengah Atas Negeri 72 Kelapa Gading, Jakarta Utara, hari ini. (Gambar EPA Images)
JAKARTA:
Sekurang-kurangnya 54 cedera apabila satu letupan menggegarkan sebuah masjid di Sekolah Menengah Atas Negeri 72 Kelapa Gading, Jakarta Utara, pada Jumaat.

Ketua Polis Jakarta Metro Jaya, Asep Edi Suheri, berkata mangsa mengalami kecederaan tahap ringan hingga sederhana akibat letupan itu.

“Lima puluh empat orang cedera, ada yang mengalami luka ringan dan ada yang lebih parah. Beberapa mangsa telah dibenarkan keluar,” katanya dipetik Metro TV News.

Polis sedang menyiasat punca letupan ketika solat Jumaat sekitar tengah hari waktu tempatan.

Pos kecemasan diwujudkan di Hospital Yarsi dan Hospital Islam Cempaka Putih di Jakarta Pusat bagi membantu mangsa serta keluarga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.