15 kawasan catat bacaan IPU tak sihat

15 kawasan catat bacaan IPU tak sihat

Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) paling tinggi iaitu 160 setakat jam 8 malam.

Kuala Lumpur dan Putrajaya antara kawasan yang mencatatkan bacaan kualiti udara tidak sihat hari ini.
PETALING JAYA:
Pencemaran udara akibat jerebu menyebabkan beberapa bandar utama di semenanjung mencatatkan kualiti udara tidak sihat sepanjang hari.

Setakat jam 8 malam, Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) paling tinggi iaitu 160.

Kawasan lain yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat termasuklah Batu Muda (116), Cheras (154), Kelang(122), Putrajaya (119), Banting (151), Seremban (110), Port Dickson (153), Alor Gajah(137), Bukit Rambai (158), Bandaraya Melaka (141), Tangkak (106), Segamat (109), Batu Pahat(155), dan Indera Mahkota Kuantan (102).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 diklasifikasikan sebagai tidak sihat.

Titik panas di Sumatera dan Kalimantan yang dilaporkan oleh Pusat Pakar Meteorologi Asean. (Gambar ASMC)

Pusat Pakar Meteorologi Asean melaporkan sejumlah titik panas dikesan di Kalimantan dan beberapa bahagian di Sumatera, beberapa titik panas juga dikesan di Semenanjung Malaysia.

Jerebu sederhana juga dilaporkan di selatan dan tengah Sumatera, yang dibawa angin dari arah barat daya. Pusat Pakar Meteorologi Asean melaporkan kualiti udara tidak sihat dilaporkan di kawasan itu.

Katanya, hujan diramalkan di Semenanjung Malaysia, Singapura, utara Sumatera dan sebahagian besar Borneo “tetapi risiko jerebu rentas sempadan tetap tinggi terutama lima kawasan berisiko berlaku kebakaran di Sumatera dan Kalimantan”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.