Udara tercemar, Delhi pasang 10,000 penulen udara di sekolah

Udara tercemar, Delhi pasang 10,000 penulen udara di sekolah

Ibu negara India itu bergelut dengan kualiti udara dikategorikan sangat buruk dan ada ketikanya sangat teruk.

Menteri Pendidikan Delhi Ashish Sood x pic 191225
Menteri Pendidikan Delhi Ashish Sood, berkata pemasangan itu akan dilakukan secara berperingkat, bermula dengan 10,000 bilik darjah. (Gambar X)
NEW DELHI:
Kerajaan Delhi memutuskan untuk memasang 10,000 penulen udara di sekolah kerajaan bagi melindungi kanak-kanak daripada pencemaran udara, umum Menteri Pendidikan Delhi Ashish Sood, lapor Xinhua.

Beliau berkata, pemasangan itu akan dilakukan secara berperingkat, bermula dengan 10,000 bilik darjah.

“Langkah ini bertujuan memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih sihat untuk pelajar,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan kini memberi tumpuan kepada tindakan pentadbiran yang mampan berbanding kempen jangka pendek dalam menangani isu pencemaran.

Ibu negara India itu mencatatkan tahap pencemaran udara yang sangat tinggi sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan indeks kualiti udara (AQI) pernah mencecah paras 700. Pada Jumaat, beberapa kawasan di bandar itu melaporkan bacaan AQI 400.

Menurut Lembaga Pengawalan Pencemaran Pusat, klasifikasi AQI adalah seperti berikut: 0-50 dianggap ‘baik’, 51-100 ‘memuaskan’, 101-200 ‘sederhana’, 201-300 ‘buruk’, 301-400 ‘sangat buruk’, 401-500 ‘teruk’, manakala melebihi 500 dikategorikan sebagai ‘sangat teruk dan kecemasan’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.