Kualiti udara ‘tidak sihat’ di Cheras, Miri

Kualiti udara ‘tidak sihat’ di Cheras, Miri

Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara di Cheras 131 dan 124 di Miri.

jerebu
Kualiti udara di seluruh negara kekal pada tahap sederhana. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kualiti udara di Cheras, Kuala Lumpur, dan Miri, Sarawak, berada pada tahap tidak sihat setakat 10.30 pagi tadi.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Cheras 131 dan 124 di Miri.

Kualiti udara di seluruh negara kekal pada tahap sederhana.

Bacaan di bawah 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 berbahaya.

Jabatan itu sebelum ini berkata kemerosotan kualiti udara dipengaruhi oleh pergerakan asap dan jerebu yang memasuki wilayah pantai barat negara itu dari Indonesia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.