Suspek utama kes bunuh penjual buah ditahan

Suspek utama kes bunuh penjual buah ditahan

Polis berkata kes itu diselesaikan dalam tempoh 48 jam susulan penahanan 13 warga asing berumur 22 hingga 52 tahun.

Seorang penjual buah berusia 80 tahun ditikam mati di depan sebuah rumah teres di Taman OUG kelmarin.
PETALING JAYA:
Polis menahan suspek utama kes pembunuhan penjual buah di Taman OUG, Kuala Lumpur, 11 pagi tadi.

Ketua Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukri, berkata kes itu diselesaikan dalam tempoh 48 jam susulan penahanan 13 warga asing berumur 22 hingga 52 tahun.

“Kes masih dalam siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan sambil menambah semua suspek direman hingga 4 Okt ini.

Semalam, polis dilaporkan menahan empat warga asing berusia 29 hingga 53 tahun untuk membantu siasatan kes seorang warga emas 80 tahun ditikam mati di depan sebuah rumah teres di Taman OUG kelmarin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03 22979222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 21159999 atau ke balai polis berdekatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.