Suapan urus mayat, 2 lagi kakitangan hospital diberkas

Suapan urus mayat, 2 lagi kakitangan hospital diberkas

Mereka ditahan di pejabat SPRM Negeri Sembilan petang tadi, dipercayai berkaitan penahanan empat kakitangan hospital Isnin lalu.

Isnin lalu SPRM dilapor menahan empat kakitangan perubatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM11,000 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi kakitangan perubatan awam susulan kes rasuah dalam kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

Dua suspek berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan kira-kira 2.30 petang tadi di pejabat SPRM Negeri Sembilan, dipercayai berkaitan penahanan empat kakitangan hospital Isnin lalu.

Sumber berkata, mereka ditahan selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada dua syarikat antara 2021 dan 2022 membabitkan 12 transaksi bank berjumlah RM3,500

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 itu, menurut Berita Harian.

Kedua-dua suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Jenayah Seremban pagi esok.

Isnin lalu, SPRM dilapor menahan empat kakitangan perubatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM11,000 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.