Pekerja terkejut jumpa bom tangan di tapak pelupusan sampah

Pekerja terkejut jumpa bom tangan di tapak pelupusan sampah

Polis berkata objek yang disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat serta lengkap sifatnya.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah Tan Cheng San berkata bom itu dimusnahkan Unit Pemusnah Bom IPK Pulau Pinang di lokasi ia dijumpai. (Gambar Facebook)
BUKIT MERTAJAM:
Pekerja di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar semalam gempar selepas seorang daripada mereka menjumpai bom tangan.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah Tan Cheng San berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bahan letupan terbabit pada 1.30 tengah hari sebelum sepasukan polis terus ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

“Pemeriksaan awal polis mendapati tapak pengurusan sisa pepejal itu terletak di kawasan berbukit dan berpagar, manakala objek yang disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat serta lengkap sifatnya.

“Unit Pemusnah Bom dari IPK Pulau Pinang yang hadir membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi seterusnya menjalankan proses pemusnahan di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Tan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan bom tangan terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.