
Pengarahnya Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata rokok pelbagai jenama itu dirampas April lepas dalam serbuan yang dijalankan pegawai serta anggotanya di seluruh negeri ini.
Beliau berkata proses pelupusan rokok itu menggunakan mesin pengisar dan sisanya akan dibuang di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Sungai Ikan di Kuala Nerus.
“Proses pelupusan melibatkan rokok seludup yang tidak bercukai ini turut dihadiri pegawai saksi pelupusan,” katanya pada sidang media selepas program pelupusan itu.
Mohd Khairulanuar berkata APMM akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi mengekang aktiviti penyeludupan rokok yang semakin berleluasa disebabkan permintaan tinggi daripada masyarakat khususnya di Pantai Timur.