Dron PGA bongkar aktiviti seludup rokok RM1.7 juta

Dron PGA bongkar aktiviti seludup rokok RM1.7 juta

Komander Briged Tenggara PGA Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata seorang lelaki 61 tahun turut ditahan.

rokok Sungai Golok
Rokok seludup dianggarkan berjumlah RM1.7 juta yang dirampas Briged Tenggara PGA di pangkalan haram di Sungai Golok Khamis lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki 61 tahun ditahan selepas dron Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok berjumlah RM1.7 juta di pangkalan haram di Sungai Golok Khamis lalu.

Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata serbuan pertama menerusi Op Taring Wawasan di Kampung Jaya Setia Padang, Kota Bharu, 13 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM4,862 ditemui di ruang tamu rumah suspek.

“Hasil soal siasat dan maklumat daripada serbuan pertama, serbuan kedua dilakukan menggunakan dron di pangkalan haram Pulau Tengkorak, Tumpat,” katanya menurut Sinar Harian.

“Pemantauan dron di kawasan terbabit selama sejam mengesan sekumpulan lelaki sedang memunggah kotak dari sebuah bot ke tebing sungai. Menyedari kehadiran polis, mereka melarikan diri ke negara jiran dengan bot.”

Susulan itu, beliau berkata, 57 kotak rokok bernilai RM1.06 juta yang dipercayai diseludup dari negara jiran ditemui.

Menurutnya, PGA turut memeriksa sebuah kilang kayu lama tidak beroperasi di Kampung Tok Che Dol, Tanah Merah dan menemui 29 kotak serta enam plastik lut sinar mengandungi rokok seludup dianggarkan bernilai RM654,500.

Semasa serbuan, katanya, semua suspek melarikan diri ke kawasan hutan di belakang kilang kayu itu sejurus menyedari kehadiran PGA.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(E) Akta Kastam 1967.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.