
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak, berkata jumlah keluar mengundi tersebut adalah sebanyak 90%.
“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik hari ini.
“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada polis, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Penerangan, media dan semua pihak terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan diberikan,” katanya.
Terdahulu, dua pusat pengundian iaitu Balai Polis Kempas di Kempas dan Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi dibuka serentak pada 8 pagi sebelum ditutup secara berperingkat iaitu pada 12 tengah hari dan 5 petang.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka kerana kematian penyandangnya Salahuddin Ayub yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup 23 Julai lalu.
Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi DUN Simpang Jeram.
PRK Parlimen Pulai bakal menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat, Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi.
SPR menetapkan hari pengundian kedua-dua kerusi tersebut Sabtu ini.