Adun pembangkang Kelantan terima peruntukan sama wakil kerajaan

Adun pembangkang Kelantan terima peruntukan sama wakil kerajaan

Pembangkang diwakili Adun Kota Lama daripada PH Hafidzah Mustakim dan Adun Galas (BN) Shahbudin Hashim.

Menteri Besar Nassuruddin Daud mempengerusikan mesyuarat pertama exco negeri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua Adun pembangkang di Kelantan akan menerima peruntukan sama seperti diterima wakil rakyat kerajaan, kata Menteri Besar Nassuruddin Daud.

Pembangkang diwakili Adun Kota Lama daripada Pakatan Harapan (PH) Hafidzah Mustakim dan Adun Galas daripada Barisan Nasional (BN) Shahbudin Hashim.

Beliau berkata, walaupun berbeza aliran politik, pihaknya menghormati pilihan rakyat pada PRN 12 Ogos lalu.

“Kita akan berlaku adil (agihan peruntukan) kepada semua termasuk wakil rakyat pembangkang.

“Walaupun aliran politik berbagai-bagai tetapi PRN sudah selesai. Yang ada wakil rakyat…wakil kepada rakyat.

“Maka kita akan beri peruntukan sama rata,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco negeri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Mohamed Fadzli Hassan dan barisan exco Kelantan.

Pada PRN lalu, Perikatan Nasional menang 43 daripada 45 kerusi DUN Kelantan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.