
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam sekitar 8.30 malam berhubung insiden itu.
“Mangsa berusia 30-an dipercayai dilanggar kereta api dari arah Bukit Mertajam menghala Simpang Ampat.
“Ketika ditemui mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada kesan suntikan Bacillus Calmette Gurrain (BCG) ditemui pada mangsa selain tiada dokumen pengenalan diri.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi IPD Seberang Perai Tengah di talian 04 5382222 bagi membantu pengecaman mayat,” katanya.