
Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, enam penumpang dan dua kru pesawat itu terbunuh manakala seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta turut maut terkena serpihan pesawat.
Pesawat milik Jet Valet Sdn Bhd dilaporkan dalam penerbangan dari Lapangan Terbangsa Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
Berikut merupakan kronologi insiden pesawat Beechcraft sejak 1977:
29 Julai 1977 : Sebuah pesawat Beechcraft 19 dengan dua penumpang dalam pesawat hilang ketika di ruang udara Johor selepas berlepas dari Pangkalan Udara Seletar, Singapura.
17 Feb 1999 : Pesawat ringan Beechcraft BE-36 enjin tunggal dan dua tempat duduk dengan nombor pendaftaran ‘VHTXY’, dilaporkan hilang antara Seremban dan Tampin, Negeri Sembilan.
19 Feb 1999 : Sisa pesawat dijumpai oleh helikopter tentera udara Nuri, dipandu oleh Syed Islam Shah Ajam kira-kira 12.55 tengah hari di lereng Bukit Penda, Negeri Sembilan.
21 Dis 2016: Sebuah pesawat Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan Tentera Udara Butterworth, Pulau Pinang menyebabkan seorang juruterbang maut dan tiga lagi cedera parah.
22 Nov 2020 : Sebuah pesawat Beechcraft Bonanza F35 mendarat cemas di laluan kecemasan di KM47.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di Sedenak, dekat Kulai, Johor, selepas mengalami kerosakan enjin.