
JOHANNESBURG: Seramai 12 pelajar sekolah maut, manakala lima lagi parah apabila bas sekolah dinaiki berlanggar sebuah trak di selatan Johannesburg, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik polis Afrika Selatan.
Polis berkata, pemandu bas itu hilang kawalan ketika cuba memotong sebelum melanggar trak berkenaan di Vanderbijlpark, sebuah bandar kira-kira 70km di selatan Johannesburg.