
“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana mempercayai kami. Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan itu,” katanya malam tadi.
Syed Saddiq tidak menolak kemungkinan menyertai gabungan dan berkata parti itu perlu “memikirkan” keputusan mereka.
Muda bertanding di 19 kerusi di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu tetapi gagal memenangi sebarang kerusi. Semua calon mereka kehilangan wang deposit.
Pada Jun, Muda memutuskan untuk bergerak secara solo selepas permintaan untuk bertemu pemimpin Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan pakatan pilihan raya tidak diendahkan.
“Komitmen kami untuk menjadi suara hati nurani dan semak dan imbang untuk rakyat akan kekal,” kata Syed Saddiq.