
“Ada proses undang-undang yang boleh diambil untuk tukar sesebuah kerajaan, begitu juga dengan kerajaan negeri,” katanya dalam Program Jelajah Perikatan Nasional di Rantau malam tadi.
Pengerusi PN Negeri Sembilan itu yang lebih dikenali sebagai Peja berkata demikian ketika ditanya bagaimana menukar kerajaan persekutuan, walaupun jika PN memenangi PRN enam negeri kerana negara kini mempunyai akta antilompat parti.
Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Maslan dilaporkan berkata, sebarang keputusan PRN enam negeri tidak akan mengubah pentadbiran persekutuan dipimpin kerajaan perpaduan gabungan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Katanya, biarpun terdapat usaha menjatuhkan kerajaan, namun keputusan PRN enam negeri sama sekali tidak akan menjejaskan kerajaan perpaduan.
Sementara itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengingatkan penyokong PN berhubung kepentingan gabungan itu memenangi PRN enam negeri untuk menukar kerajaan persekutuan.
Untuk PN menang besar, katanya, pengundi perlu keluar mengundi.
“Perlu menang besar. Insya Allah kita menang sepenuhnya Kelantan dan Terengganu. Kita nak menang juga di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Kalau menang…ini akan berlaku perubahan kerajaan pusat.”