4 rentung kereta terbakar di WCE

4 rentung kereta terbakar di WCE

Bomba berkata seorang lagi mangsa yang juga warga tempatan selamat dalam kejadian itu.

Bomba berkata kereta Proton Saga yang dinaiki lima mangsa dilaporkan terbabas sebelum terbakar di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Arah Utara, dekat Sitiawan. (Gambar JBPM)
IPOH:
Empat lelaki rentung dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga di KM220 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Arah Utara, dekat Sitiawan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihak bomba, menerima panggilan jam 5.11 petang tadi.

“Setibanya di tempat kejadian sebuah kenderaan didapati terbakar dengan lima mangsa, empat mangsa rentung dan seorang selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kereta itu dipercayai terbabas sebelum terbakar.

Sabarodzi berkata semua mangsa merupakan warga tempatan yang bekerja di Lumut dan dalam perjalanan balik ke Ipoh.

Sementara itu mangsa yang terselamat mengalami kecederaan dan dikenali sebagai Shariff Mohammed Sidek Mohammed, berusia 34 tahun.

Manakala identiti mangsa yang rentung belum dikenal pasti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.