
Adun Sentosa, G Gunaraj, berkata penduduk dalam proses berpindah ke rumah baharu dan memerlukan lebih banyak masa, khasnya warga emas.
Katanya, beliau meminta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mempertimbangkan lanjutan tempoh sehingga akhir bulan ini.
Beliau berterima kasih kepada menteri besar kerana menyediakan perumahan selesa untuk penduduk benar-benar memerlukan dan mempertimbangkan permintaannya.
Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah mengesahkan lanjutan dua minggu diberikan.
Minggu lalu, kerajaan negeri mengarahkan 19 pemilik tanah mengosongkan tapak itu dalam tempoh tujuh hari.
Proses pengambilan tanah diselesaikan secara sah bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 pada 2023, tetapi pemilik tanah enggan mengosongkan tapak itu walaupun 75% daripada pampasan berjumlah RM9.85 juta sudah dibayar kepada mereka.
Pemegang konsesi lebuh raya WCE Sdn Bhd dibenarkan memasuki tapak itu mulai hari ini untuk kerja pembersihan sebelum memulakan pembinaan.
Lebuh raya sepanjang 233km itu yang dijadualkan siap pada 2027, bermula dari Banting di Selangor ke Taiping, Perak. Lapan daripada 11 bahagiannya sudah dibuka.