
Menurut Berita Harian, Razarudin berkata kertas siasatan terhadap Sanusi dan juga Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkaitan isu 3R (kaum, agama dan raja) akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.
Sanusi yang juga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional didakwa menghina Sultan Selangor ketika berceramah di Selayang, baru-baru ini.
Dalam ucapan Sanusi yang tular, pemimpin PAS itu dipaparkan seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan “menteri besar cokia (tiada kualiti)”.
Sanusi hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor dan menjelaskan maksud sebenar ucapannya dalam satu ceramah, yang didakwa telah diputar belit.