Polis masih teliti ucapan himpunan anti-Azam andai sentuh 3R

Polis masih teliti ucapan himpunan anti-Azam andai sentuh 3R

Ketua Polis KL Fadil Marsus berkata pihak berkuasa sedang melihat isi kandungan mahupun ucapan menyentuh isu 3R.

Peserta berhimpun semalam di Kuala Lumpur untuk menuntut peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
KUALA LUMPUR:
Polis masih meneliti ucapan dan kandungan himpunan semalam yang menuntut peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki bagi menentukan sama ada ia menyentuh isu kaum, agama, dan institusi diraja (3R).

“Siasatan and risikan masih lagi diteruskan kita akan melihat pada isi kandungan, ucapan-ucapan sekiranya ada yang menyentuh isu 3R… kita akan pastikan bahawa siasatan akan dibuka,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus pada sidang media.

Peserta himpunan berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka, di mana kedengaran mereka melaungkan slogan dan memegang plakad mengkritik ketua pesuruhjaya SPRM.

Perhimpunan itu diadakan susulan artikel Bloomberg mengenai dakwaan pegangan saham Azam dan dakwaan pegawai SPRM merupakan sebahagian ‘mafia korporat’ yang terlibat dalam pengambilalihan syarikat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.