
Kejadian dipercayai berlaku selepas Toyota Harrier dinaiki semua mangsa terbabas dan terbalik di bahu jalan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Sitiawan dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.30 malam.
Katanya, mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa, empat wanita, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki yang dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba.
“Seorang wanita disahkan maut di tempat kejadian, tiga wanita parah, manakala yang lain turut cedera.
“Mangsa parah dan cedera diberikan rawatan oleh EMRS dari BBP Seri Manjung dan dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut,” katanya menurut Berita Harian.
Menurutnya, mayat mangsa maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 8.35 malam.
Difahamkan, semua mangsa tiada dokumen pengenalan diri.