Libas, acu pisau terhadap bapa, penganggur mengaku tak salah

Libas, acu pisau terhadap bapa, penganggur mengaku tak salah

Tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan bapanya berusia 71 tahun.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
PETALING JAYA:
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dengan melibas dan mengacukan pisau terhadap bapanya, Ahad lalu.

Harian Metro melaporkan Mohd Shargawi Ismail, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Tuan Ruzaini Tuan Lah.

Tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan bapanya berusia 71 tahun dengan melibas dan mengacukan sebilah pisau di sebuah rumah di Kampung Pasir Hor, Kota Bharu pada 8.30 malam 2 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nursyafiqah Mohamad mencadangkan jaminan RM8,000 dengan syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi, tetapi peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nik Nasrun Nazmi Nik Mohamad memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada tertuduh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 7 Sept ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.