Budak 2 tahun maut dirempuh kereta mengundur dipandu bapa

Budak 2 tahun maut dirempuh kereta mengundur dipandu bapa

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar akibat kecederaan parah di kepala.

baby bayi
Menurut Timbalan Ketua Polis Tangkak Jamellulkamal Abdul Halim, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dirempuh kereta mengundur yang dipandu bapanya, dalam kejadian di Tangkak, kira-kira 8.15 pagi kelmarin.

Mangsa berusia dua tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 7.30 malam pada hari sama akibat kecederaan parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Tangkak, Jamellulkamal Abdul Halim, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika bapa mangsa berusia 30-an sedang mengalih kenderaan dengan mengundur.

Katanya, lelaki itu kemudiannya menyedari telah terlanggar sesuatu di belakang sebelum memberhentikan kenderaannya.

“Kanak-kanak terbabit dikatakan secara tiba-tiba keluar dari dalam rumah dan berada di belakang kereta tanpa disedari bapanya,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Beliau berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Khairul Azmi Ibrahim di talian 011-12445836 bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.