Murid ‘dikurung’ kerana londeh seluar rakan

Murid ‘dikurung’ kerana londeh seluar rakan

Bapa murid itu berkata, pihaknya sudah memohon maaf kepada ibu bapa murid di sekolah sama itu atas tindakan anaknya bergurau keterlaluan.

Bapa kepada murid Tahun 1 itu berkata anaknya masih trauma ke sekolah kerana takut dikurung lagi. 
PETALING JAYA:
Murid Tahun 1 yang dikurung dalam sangkar besi di sebuah sekolah di Rembau, Negeri Sembilan, dikenakan tindakan itu kerana melondehkan seluar seorang rakannya.

Bapa murid itu yang enggan dinamakan berkata, guru kelas memaklumkan anaknya melakukan kesalahan itu bersama beberapa lagi murid.

Justeru itu, beliau memohon maaf kepada ibu bapa murid terbabit di atas tindakan anaknya yang bergurau keterlaluan.

Jelasnya, isu itu telah diselesaikan secara baik dalam perjumpaan kelmarin membabitkan pihaknya, sekolah, polis dan wakil pejabat pendidikan daerah (PPD).

“Saya dan isteri tidak simpan dalam hati, bagaimanapun saya serahkan segalanya kepada PPD untuk siasat,” katanya menurut Harian Metro.

Dakwanya, anaknya juga masih trauma untuk ke sekolah kerana bimbang dikurung lagi.

Dalam kejadian 8.30 pagi Selasa lalu, seorang guru lelaki berumur 43 tahun mendenda murid terbabit kerana kesalahan disiplin dengan meletakkannya di ruang pameran persatuan pencegahan dadah sekolah, berbentuk seperti sangkar besi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.