Poster Hadi gesa ‘bunuh musuh Islam’ palsu

Poster Hadi gesa ‘bunuh musuh Islam’ palsu

Setiausaha akhbar Hadi Awang berkata, parti itu akan mempertimbangkan sama ada akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Poster palsu yang tular di media sosial, bertarikh hari ini, memaparkan gambar Hadi Awang di samping ‘3 amanat buat pejuang Islam’.
PETALING JAYA:
Poster yang tular di media sosial mendakwa Presiden PAS Hadi Awang menyeru umat Islam “membunuh musuh Islam” adalah palsu, kata pembantunya.

Setiausaha akhbar Hadi, Malik Razak memberitahu FMT bahawa poster palsu itu bersifat “fitnah”.

“Kami akan berbincang sama ada akan mengambil tindakan lanjut,” katanya apabila ditanya sama ada parti itu akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Poster palsu yang bertarikh hari ini itu memaparkan gambar Hadi di samping tiga mesej bertajuk: “3 amanat buat pejuang Islam”.

Antara “amanat” yang disampaikan dalam poster palsu itu menggesa umat Islam memfitnah dan memutuskan silaturrahim dengan orang lain jika tindakan itu dapat “menumbangkan” musuh Islam.

Dalam wawancara bersama FMT bulan lepas, penganalisis kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Harris Zainul berkata, pihak berkuasa mesti mempertimbangkan dengan serius potensi kecerdasan buatan disalah guna untuk mewujudkan bahan palsu yang “realistik” semasa kempen pilihan raya.

PRN akan diadakan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.