Bubar DUN: Aminuddin menghadap Yang di-Pertuan Besar 28 Jun

Bubar DUN: Aminuddin menghadap Yang di-Pertuan Besar 28 Jun

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun akan menghadap baginda untuk mendapat perkenan bagi membubarkan DUN pada 30 Jun.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Rabu. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 28 Jun ini bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata ia bagi memberi laluan kepada PRN.

“Saya akan menghadap Tuanku pada Rabu depan untuk mendapat perkenan Tuanku bagi membubarkan DUN pada 30 Jun, hari terakhir, insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Siswazah Negeri Sembilan Cemerlang Kelas Pertama di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu memaklumkan DUN akan dibubar pada 30 Jun.

Turut mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 menyaksikan Pakatan Harapan memenangi 20 kerusi DUN manakala Barisan Nasional meraih 16 kerusi di Negeri Sembilan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.