Bayi baru lahir ditemui di tepi jalan

Bayi baru lahir ditemui di tepi jalan

Bagaimanapun, bayi lelaki yang ditemui masih bertali pusat bersama uri dan tidak berpakaian itu meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Ketua Polis Kajang Mohd Zaid Hassan berkata bayi malang itu ditemui seorang lelaki pada jam 7.07 pagi di tepi jalan berhadapan kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Kajang.
KUALA LUMPUR:
Seorang bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan ditemukan di tepi jalan berhadapan kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Kajang pagi tadi.

Ketua Polis Kajang Mohd Zaid Hassan berkata bagaimanapun, bayi malang itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu oleh seorang lelaki berusia 51 tahun pada 7.07 pagi.

“Bayi yang masih bertali pusat itu ditemukan terbaring bersama uri tanpa pakaian serta tiada nota dan disahkan berada dalam keadaan tenat sebelum dibawa ke Hospital Serdang.

“Setelah rawatan diberikan, pada 10.35 pagi pihak hospital mengesahkan bayi itu meninggal dunia dan seterusnya akan menjalani proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209 960 bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.